Kenaikan harga minyak mentah akan menyebabkan subsidi terhadap petroleum dan sumber tenaga lain seperti elektrik meningkat. Adalah penting untuk setiap individu berjimat cermat dalam menggunakan sumber tenaga. Sektor swasta juga tidak boleh bergantung kepada subsidi untuk kekal kompetitif, sebaliknya perlu lebih cekap dan bijak dalam menggunakan sumber tenaga, termasuk dalam proses pengeluaran. Dengan itu, langkah akan diambil untuk menggalakkan pengguna lebih cekap dan bijak dalam menggunakan tenaga serta mengelakkan pembaziran. Walau bagaimanapun, Kerajaan komited untuk memastikan bahawa pengguna berpendapatan rendah tidak akan menanggung beban. Kerajaan akan menerajui usaha menjimat tenaga. Saya percaya masih ada banyak ruang untuk kita menjimatkan penggunaan tenaga. Semua agensi kerajaan diberi sasaran untuk mencapai 10 peratus penjimatan penggunaan tenaga pada tahun 2006. Amalan seperti membiarkan alat penghawa dingin berada pada suhu terlalu rendah atau membiarkan lampu terpasang apabila tiada orang di pejabat merupakan pembaziran semata-mata.Selain penjimatan penggunaan tenaga, Kerajaan bercadang untuk terus menggalakkan pelaburan di dalam peralatan yang rendah penggunaan tenaganya. Kerajaan mencadangkan agar insentif yang diberikan kepada syarikat yang menawarkan perkhidmatan penjimatan tenaga, dilanjutkan tempohnya untuk lima tahun lagi sehingga tahun 2010. Selain itu, Kerajaan juga bercadang untuk memberikan Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60 peratus kepada modal yang dibelanjakan bagi tujuan meningkatkan penjimatan tenaga, kepada pemilik bangunan. Di samping itu, garispanduan pembinaan bangunan perlu dikemaskini agar dapat menekankan aspek kecekapan penggunaan tenaga di bangunan baru.
Monday, August 6, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment