Tuesday, October 9, 2007

SUMBER MINERAL & TENAGA DI MALAYSIA


JENIS-JENIS SUMBER ALAM
Boleh diperbaharui
Tidak boleh diperbaharui
Air
Angin
Tasik
Tanih
Tumbuhan
Tenaga suria
Hasil laut
Petroleum
Bauksit
Tembaga
Bijih timah
Emas
Tembaga
Mineral
JENIS-JENIS MINERAL / LOGAM
Logam
- Bijih timah
Bukan logam
- Granit, batu kapur dan batu marmar.
Cecair
- Petroleum
Gas
- Gas asli

Peta : Sumber Mineral dan Tenaga di Malaysia
KEPENTINGAN PERLOMBONGAN
Ekspot mineral seperti petroleum, gas asli dan bijih timah menyumbangkan pendapatan kepada negara.
Kegiatan perlombongan bijih timah dapat menyediakan peluang pekerjaan.
Kegiatan perlombongan menggalakkan perkembangan bandar.
Perlombongan bijih timah menggalakkan pembinaan jalan raya dan landasan keretapi.
Perlombongan juga menggalakkan pelabuhan khas ( Pelabuhan mengeksport gas petroleum cecair).
Perlombongan petroleum menggalakkan industri petrokimia.
Perlombongan bijih timah menyediakan bahan mentah bagi industri saduran timah.
Perlombongan bijih timah menggalakkan perkembangan industri baru seperti industri membuat baja urea di Bintulu.
Kegiatan perlombongan menggalakkan kerjasama serantau, contohnya projek membuat baja urea, yang merupakan projek kerjasama antara negara-negara ASEAN.
KEPENTINGAN PERLOMBONGAN & MINERAL
Ia menghasilkan kira-kira 22% daripada jumlah eksport mineral Malaysia membawa pertukaran mata wang asing ke negara ini. Mineral merupakan eksport yang terpenting kira-kira 33% daripada jumlah pendapatan eksport Malaysia terdiri daripada mineral.
Sektor perlombongan memberi pekerjaan kepada hampir 100 000 orang atau sebanyak 2% daripada tenaga pekerja Malaysia.
Sumber mineral juga memberi sumbangan besar terhadap pembangunan dan perkembangan ekonomi negara kita.
Sumber mineral dan tenaga menjadi bahan mentah dan sumber tenaga utama bagi industri perkilangan keperluan rumah.
Bijih besi diigunakan untuk membuat besi dan keluli di Syarikat Besi & Keluli Malayawata di Pulau Pinang dan industri petrokimia lain.
Menyebabkan terbinanya kilang-kilang penapis petroleum di Port Dickson, Kerteh dan Lutong serta kilang melebur bijih timah di Pulau Pinang dan Butterworth.
Aktiviti perlombongan telah membolehkan berlakunya pemindahan teknologi, maklumat dari negara maju dalam bidang ini seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Korea Selatan ke negara kita.
Menjadi bahan api utama bagi kenderaan dan penjanaan kuasa elektrik.
MASALAH PERLOMBONGAN DI MALAYSIA
Sektor perlombongan menghadapi masa depan gelap kerana galian adalah sumber yang boleh pupus dan tidak boleh diperbaharui.
Timbunan arang batu, bijih timah dan emas sudah pupus dan lombong emas dan arang batu di Semenanjung Malaysia telah pun ditutup.
Simpanan petroleum dijangka habis dalam 20-30 tahun.
Rizab bijih timah boleh tahan kira-kira 20 tahun sahaja.
Harus mengusaha dan menggunakan galian ini secara terancang supaya tidak membazir.
Penutupan lombong menyebabkan penduduk kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.
Kekurangan bahan mentah dan sumber tenaga menyebabkan sektor perindustrian menjadi lembab.
Menjejaskan kemakmuran dan pembangunan negara.
LANGKAH MENGATASI MASALAH PENGURUSAN SUMBER
Mengurangkan pergantungan dan menjimatkan penggunaan mineral terutamanya pertroleum sebagai bahan bakar.
Mempergiatkan usaha mencari gali untuk mengesan longgokkan baru seperti yang dijalankan oleh PERTRONAS dan Perbadanan Perlombongan Malaysia (MMC).
Menggunakan teknologi moden dalam memperting-katkan kecekapan perlombongan serta cara pemprosesan sumber mineral untuk elakkan pemba-ziran.
Memperkenalkan sumber tenaga baru seperti tenaga suria, tenaga biomass, tenaga thermal dan hidro elektrik.
SUMBER TENAGA PADA MASA DEPAN & BERPOTENSI UNTUK DIMAJUKAN
Tenaga nuklear
Tenaga solar (suria)
Tenaga biomass
Tenaga hidro elektrik
Arang batu
Tenaga ombak
Tenaga angin
Tenaga nuklear
Diperolehi dari logam uranium dan plutonium.
Digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik di stesyen janakuasa elektrik.
Penggunaannya terhad kerana :
Malaysia kekurangan uranium & plutonium.
Kos pengeluarannya mahal.
Sisa nuklear merbahaya kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Penyelidikan tentang tenaga ini dijalankan oleh PUSPATI (Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail) sebuah pusat pembangunan dan penyelidikan nuklear.
Masih dalam penyelidikan belum dijalankan sepenuhnya.
Tenaga solar (suria)
Diperolehi daripada sinaran matahari.
Berpotensi untuk dimajukan kerana Malaysia terletak di kawasan Khatulistiwa (banyak sinaran matahari).
Digunakan untuk memansakan air di rumah.
Projek menjanakan tenaga suria dibina di Teluk Apan, Pualu Langkawi dan Kg. Hulu Tembeling, Pahang.
Telefon menggunakan tenaga suria di Pulau Aman, Pulau Pinang.
Rumah asap yang menggunakan tenaga suria dibina di Kg. Sg. Malau Dalam, Selama, Perak. 900 keping getah boleh diasap dalam 4 hari.
3. Tenaga Biomass
diperolehi daripada hampas dan tandan kelapa sawit.
Sisa pertanian ini boleh hasilkan biogas seperti gas metana untuk dijadikan bahan pembakar.
4. Tenaga Hidro Elektrik
Penggunaannya semakin berkembang - sumber yang boleh diperbaharui dan murah.
Malaysia mempunyai potensi yang baik kerana :
Hujan yang banyak melebihi 2000 mm.
Sungai mengalir deras sentiasa dipenuhi air.
Banyak kawasan bergunung-ganang - sesuai untuk membina empangan.


Kebanyakan projek hidro elektrik terletak di kawasan tanah tinggi, antaranya :
Empangan Cenderoh di Perak (Sg. Perak)
Empangan Temenggor di Perak (Sg. Perak)
Empangan Kenyir di Terengganu (Sg.Tganu)
Empangan Kenering di Perak (Sg. Perak)
Empangan Btg Padang di Perak (Sg. Btg Padang)
Empangan Bersia di Perak (Sg. Perak)
Empangan Tenom Pangi (Sg. Padas)
Empangan Bakun (Sg. Pelagus)
Empangan Pelagus (Sg. Pelagus)
Empangan Batang Ai (Sg. Lupar)
5. Tenaga Lain - Arang batu
Mempunyai potensi untuk digunakan di kilang-kilang kerana sumber tenaga belum digunakan sepenuhnya.
Simpanan sumber yang banyak di :
Batu Arang, Selangor.
Bintulu, Merit-Pila, Sarawak.
Labuan dan Sadong di Sabah.
Sebagai bahan bakar untuk kilang dan loji penjanaan kuasa hidro elektrik.

5 comments:

Asma' said...

mekasih tuk information ni....
boley wt rujukan tuk asement...
huhuhuhu....

Unknown said...

nape x de gmbr snng org nak bt krj skloh.

Unknown said...

nape x de gmbr snng org nak bt krj skloh.

Unknown said...

yArH bHu . .

Unknown said...

biomass tuh xde kasi tempat ke?