Thursday, August 2, 2007

China Giat Mengkaji dan Menggunakan Teknolgi Tenaga Nuklear

China agak kurang sumber tenaga, dan secara menyeluruh menggunakan arang batu dan minyak, di samping giat mengkaji dan menggunakan tenaga nuklear. Baru baru ini, Reaktor Suhu Tinggi 10 MW yg disejukkan dgn Gas yg direka-bentuk dan dibina oleh Universiti Tsinghua—universiti yg terkenal di China telah beroperasi dgn berjaya selama 72 jam. Ia melambangkan China menjadi negara kelima yg menguasai teknologi tersebut selepas A.S, Britain, Jerman dan Jepun. Encik Wang Dazhong (???)—pakar teknologi tenaga nuklear yg terkenal di China menjelaskan bhw China mengembangkan reaktor suhu tinggi yg disejukkan dgn gas, kerana ia mempunyai kemajuannya. Beliau berkata,
“Reaktor suhu tinggi yg disejukkan dgn gas ialah reaktor yg maju yg diakui di dunia, kelebihannya termasuk: selamat, keefisienannya tinggi, lingkungan penggunaannya luas. Antara perkembangan tenaga elektrik nuklear pada masa akan datang, ia dianggap sebagai salah satu reaktor yg maju di dunia.”
Profesor Wu Zongxin (???) dari Universiti Tsinghua yg bertugas mengkaji projek tersebut berpendapat bhw berkat kemajuan, reaktor suhu tinggi yg disejukkan dgn gas mempunyai masa depan penggunaan yg cerah dan luas. Beliau berkata,
“Reaktor tersebut sesuai digunakan dalam penjanaan kuasa nuklear yg berkapasiti rendah dan sederhana, kerana keefisienannya tinggi dan sistemnya ringkas, ada kemungkinan kapasitinya berjumlah ratusan bilion sahaja, sudah boleh mencapai skop ekonomi yg tertentu. Ia sesuai digunakan di kawasan kering yg kekurangan air,”
Pakar tenaga nuklear China berkata, reaktor itu yg dikaji dan dibina oleh China baru baru ini adalah sejenis kemudahan nuklear yg selamat, dan boleh mencegah berlakunya kemalangan kebocoran radioaktif. Selain itu, ia juga menggunakan teknologi yg istimewa. Encik Qian Jihui (???) –pakar teknolgi nuklear China yg sudah lama bekerja dgn Badan Tenaga Atom Antarabangsa, ketika menilai projek reaktor itu berkata, memandangkan pegawai sains dan teknologi China mencapai banyak kemajuan dalam projek itu, ia turut diperhatikan oleh kalangan pakar tenaga nuklear antarabangsa.
“Reaktor suhu tinggi 10 MW yg disejukkan dgn gas dibina dgn berjaya, ia merupakan satu kejayaan besar yg dicapai oleh China dalam bidang pengkajian dan penerokaan tenaga elektrik menggunakan kuasa nuklear dan melambangkan China telah mencapai taraf tinggi dalam bidang tersebut di peringkat arena antarabangsa.”
Menteri Sains dan Teknologi China Xu Guanhua (???) ketika diwawancara oleh wartawan CRI telah menyatakan bhw kemajuan yg dicapai China dalam bidang pengkajian reaktor suhu tinggi yg disejukkan odgn gas, akan mempengaruhi dasar sumber tenaga di China. Beliau berkata,
“China telah mencapai kemajuan besar dalam bidang teknologi tenaga nuklear, ia mempunyai makna yg penting bagi China membina reaktor nuklear yg baru dan akan mempengaruhi penggubalan dasar sumber tenaga China”.
Pada masa ini, kapasiti penjanaan kuasa nuklear di China berjumlah 5.4 juta kilovat dan akan mencapai 9 juta kilovat 3 tahun kemudian, waktu itu, jumlah penjanaan kuasa nuklear akan menduduki lebih kurang 3% jumlah keseluruhan di China.
---AZMI

No comments: