Thursday, August 9, 2007

Pengurusan Berkesan Sumber Asli dan Alam Sekitar

Langkah-langkah akan diambil untuk melindungi dan memulihara alam sekitar dan sumber asli bagi memnuhi keperluan dan aspirasi penduduk negara, khususnya berkaitan dengan keupayaan pengeluaran sumber-sumber seperti tanah , hutan, keperlbagaian biologi dan air.
Satu inventori dan audit kebangsaan mengenai alam sekitar dan sumber asli akan diselenggara dan dikemaskini secara berterusan dengan menekankan kepada hakisan dan penggantian sumber, sebagai panduan dalam merumuskan dasar dan membuat keputusan. Sistem pengawasan alam sekitar yang sesuai akan diwujudkan untuk memboleh serta memudahkan penilaian terhadap kesan projek-projek dan program pembangunan kepada alam sekitar dan kesihatan.

Kawasan sumber asli, khususnya yang mengandungi ekosistem dan habitat yang kaya dengan unsur-unsur hayat, akan diwujud dan dikekalkan sebagai zon bagi pemuliharaan serta perlindungan flora dan fauna asli dan sumber-sumber genetik.
Perancangan gunatanah dan pelaksanaannya akan berteraskan kepada penilaian menyeluruh ke atas parameter-parameter kritikal seperti kesesuaian, keupayaan dan keperluan memulihara tanah dengan mengambilkira kehendak mesyarakat masa kini dan masa hadapan. Teknik pemetaan sumber dan sistem maklumat geografi yang memperjelaskan kaasan-kawasan sensitif seperti tanah lembap, akan digunapakai di mana mungkin.
Penekanan khas akan diberikan untk mengurangkan kemerosotan tanah seperti hakisan tanah dan kemerosostan akibat aktiviti perlombongan.

Hutan negara dan sumber-sumbernya akan diurus secara lestari untuk menghasilkan faedah ekonomi yang berterusan dan lestari, serta keserasian dengan kestabilan alam sekitar, keseimbangan ekologi dan kestabilan sosial masyarakat yang menguguki kawasan sedemikian.
Satu inventori yang sistematik dan menyeluruh mengenai sumber air sedia ada dan yang berpotensi, termasuk air bawah tanah, akan diwujudkan, dan satu pelan kebangsaan jangka panjang akan disediakan bagi pengurusan dan perlindungan air untuk mencegah pembaziran, menghapus pencemaran dan menggalakkan guna semula serta penggunaan yang cekap dan berpatutan.

Bagi pengurusan lembangan sungai dan projek pembangunan yang berkaitan, prosedur tertentu untuk perancangan, termasuk pengkelasan penggunaan bermanfaat, penyelarasan dan pemantauan akan digabungkan untuk memastikan kelestarian.Lautan, zon pantai, tasik, sungai paya bakau dan tanah lembap yang lain, pulau, rumput laut dan terumbu karang mesti diuruskan mengikut pengurusan mesra alam sekitar termasuk mencegah amalan pengambilan sembarangan sumber hidupan laut dan akuatik.

Penjimatan tenaga dan penggunaan teknologi dan proses cekap tenaga akan digalakkan melalui mekanisme harga berpatutan, penetapan standard kecekapan, pemindahan teknologi dan penyediaan maklumat untuk pengguna. Penggunaan bahan api fosil yang lebih bersih dan alternatif kepada bahan api fosil akan digalakkan. Pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan sumber tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui akan ditingkatkan.
Langkah-langkah akan diambil untuk memulihara dan melindungi umsur-unsur warisan sejarah, sosial dan kebudayaan kebangsaan, termasuk bentuk dan lanskap-lanskap semulajadi yang menonjol.

No comments: